8 Hadis ini membuktikan Rasulullah lebih sering minum susu kambing

Dalam Al Qur’an, Allah memfirmankan kebaikan susu dalam bentuk umum. Susu binatang ternak. Tidak menyebut kambing atau sapi secara khusus.

وَإِنَّ لَكُمْ فِي الْأَنْعَامِ لَعِبْرَةً نُسْقِيكُمْ مِمَّا فِي بُطُونِهِ مِنْ بَيْنِ فَرْثٍ وَدَمٍ لَبَنًا خَالِصًا سَائِغًا لِلشَّارِبِينَ

“Dan sesungguhnya pada binatang ternak itu benar-benar terdapat pelajaran bagi kamu. Kami memberimu minum daripada apa yang berada dalam perutnya (berupa) susu yang bersih antara kotoran dan darah, yang mudah ditelan bagi orang-orang yang meminumnya” (QS. An Nahl : 66)

Ketika menafsirkan kata “al an’am” dalam ayat ini, Ibnu Katsir mengatakan: “seperti unta, sapi dan kambing”

Dalam prakteknya, Rasulullah pernah minum susu onta, kambing dan juga sapi. Bahkan secara khusus, beliau menganjurkan umatnya untuk minum susu sapi.

فَعَلَيْكُمْ بِأَلْبَانِ الْبَقَرِ فَإِنَّهَا تَرُمُّ مِنْ كُلِّ الشَّجَرِ

“Hendaklah kalian minum susu sapi karena ia makan dari setiap pohon” (HR. Ahmad, Hakim dan Ibnu Hibban; shahih)

Hadits ini juga digandengkan dengan penyebutan bahwa Allah tidak menurunkan penyakit kecuali menurunkan obatnya pula, mengisyaratkan susu sapi mengandung manfaat untuk kesehatan dan pencegahan/penyembuhan penyakit.

Rasulullah lebih sering minum susu kambing

Namun jika dilakukan pemeringkatan intensitas, dari Sirah Nabawiyah dan hadits didapati bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam lebih sering minum susu kambing daripada susu sapi. Ketika Rasulullah perjalanan hijrah ke Madinah, di gua tsur beliau dan Abu Bakar minum susu kambing. Menjelang tiba di Madinah juga minum susu kambing, yakni ketika tiba di perkemahan Ummu Ma’bad. Beliau lapar dan haus, lalu disuguhi daging onta. Ketika terlihat oleh beliau ada kambing, beliau minta memerah susunya. Namun Ummu Ma’bad mengatakan bahwa kambing tersebut sudah tidak menghasilkan susu. Di sanalah terlihat mukjizat beliau. Dengan membaca basmalah dan berdoa, beliau memerah susu kambing tersebut hingga cukup untuk minumnya beliau dan Abu Bakar, bahkan sahabat lainnya yang tiba di tempat itu.

Dikutip dari detik islam. *Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyyah dalam kitabnya Zadul-Ma’ad Fi Hadyi Khairil ‘Ibad menyelit mafhum hadis dalam keterangannya pada kelebihan susu kambing:

1. Hadis dari Abu Ubaidah bin Atoq bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud “Kambing merupakan binatang yg penuh Baroqah yg ditinggalkan orang soleh terdahulu”.Oleh itu kita menghidupkan kembali Sunnah,disamping kita meminum atau menjual secara tidak langsung kita mendapat pahala(Insha Allah).

2. Abu Hurairah r.a menukilkan sebuah hadis Rasulullah SAW yang menyentuh tentang kambing: “Allah tidak mengutus seorang nabi kecuali dia itu seorang gembala kambing”. Maka para sahabatnya bertanya “Adakah Tuan juga?” Jawab beliau “Ya, aku pernah menggembala kambing dan bertanggungjawab ke atas beberapa bahagian penduduk Mekah”.

3. Sabda Rasullah s.a.w, “Peliharalah kambing kerana padanya terdapat keberkatan”.

4. Nabi Muhammad S.A W bersabda bahawa “Hendaklah kamu berpegang kepada kambing (mengambil manfaat daripada kambing: iaitu daging, bulu, kulit dan susunya) kerana itu ialah kenderaan mu didalam syurga”. Dalam sepotong hadis yang lain ada menyatakan Nabi Muhammad s.a.w sangat suka meminum susu kambing yang mentah (belum dimasak).

5. Abu Hurairah juga meriwayatkan sabda Rasulullah “Asas kekufuran ada di arah matahari terbit, megah dan angkuh ada pada pemilik kuda dan unta, mereka yang bersuara nyaring (bising) ialah pemelihara haiwan berbulu (arnab, kucing) dan ketenangan itu ada pada gembala kambing”. [Hadis ini turut dinukilkan oleh al-Imam Malik dalam kitabnya al-Muwatta`].

6. Abu Said al-Khudri mengata bahawa Rasulullah pernah bersabda “Akan tiba suatu masa di mana kambing merupakan sebaik-baik harta bagi orang Islam. Orang Islam akan memeliharanya di puncak-puncak bukit dan di lembah-lembah, hidup terpencil dari masyarakat demi memelihara agama daripada ditimpa bencana”. Malah menurut Abdullah bin Mas’ud semasa beliau bertugas sebagai gembala kambing milik Utbah bin Mu’aith, susu kambing segar merupakan minuman kegemaran Rasulullah dan beliau meminumnya secara langsung setelah diperah daripada kambing betina.

7. Abu Hurairah telah berkata, “Pada malam baginda diisrakkan, dihulurkan kepada Rasulullah SAW dua gelas minuman iaitu khamr (minuman keras) dan susu. Baginda pun melihat kedua-duanya lalu mengambil susu. Jibril berkata, “Segala puji bagi Allah yang telah menunjukkan engkau kepada fitrah. Seandainya engkau mengambil khamr, nescaya binasalah umatmu.”
[Riwayat Imam al-Bukhari]

8. Abu Hurairah berkata, “Nabi SAW bersabda : Ketika aku diisrakkan, aku bertemu dengan Nabi Musa AS, baginda seorang lelaki yang tinggi kurus dengan rambut berombak seperti seorang Bani Syanu’ah. Aku juga bertemu dengan Nabi Isa AS, baginda kelihatan seperti lelaki biasa, berkulit merah, seakan-akan baru keluar dari pemandian. Aku bertemu dengan Nabi Ibrahim AS, akulah keturunannya yang paling mirip dengannya. Lalu aku diberi dua bejana, yang satu berisi susu dan yang lain berisi arak. Dikatakan padaku : Ambillah yang engkau suka. Aku mengambil susu dan meminumnya. Kemudian dikatakan : Engkau diberi petunjuk dengan fitrah atau engkau menepati fitrah. Seandainya engkau mengambil arak, nescaya sesat umatmu.”
[Riwayat Imam Muslim]

 

Tolong bantu share artikel ini ya...Share on Facebook10Share on Google+0Tweet about this on TwitterShare on LinkedIn0

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

45 − 43 =